Tuesday, 1 November 2011 | 11:08 pm | 0 Atasinchi
hello si cantik :)now syasya nak bagitau sesuatu tentang lelaki ni. so , perempuan di luar sana harus tahu ~
Cepat Berubah Fikiran
- mula-mula kata suka, selepas itu cakap cuma kawan. kemudian suka balik, nanti kata tidak sehaluan. Lelaki memang tidak gemar gadis yang tidak tetap pendirian dan cepat berubah fikiran.
Riak
- apa baiknya seseorang itu berperangai riak, bukan ? Lelaki memang tidak gemar pasangannya bercakap gah. Dalam diam, si dia berkemungkinan akan rasa tidak setaraf dengan kamu.
Terlupa Temu Janji
- Lelaki pun boleh menjadi sensitif. Kalau sudah berjanji janganlah sesekali melupakannya. Percayalah! Kalau terlupa, si dia pasti akan rasa seperti tidak dihargai dan tidak penting.
Membandingkan Diri Dengan Orang Lain
- kalau lelaki itu meminati seseorang perempuan, nescaya dia tidak akan memandang pada gadis lain. Tidak perlulah konon-konon cuba memperkenalkannya dengan gadis lain. "Ha! yang itu cantik, yang ini lawa."
Bercanggah Pendapat
- Mungkin kedengaran seperti berat sebelah tetapi sebagai pasangan perlulah sentiasa menyokong ideologi dan pendapatnya kerana sesetengah lelaki amat tidak gemar bercanggahan pendapat dengan mereka.
Pura-Pura Tidak Tahu
- Hindarilah sifat atau perangai kuat berpura-pura. Tidak kiralah sama ada berpura-pura manja, gedik ataupun berpura-pura tidak tahu apabila si dia bertanyakan sesuatu.
Soal Berat Badan
- Memang sudah hampir menjadi lumrah, lelaki memang kuat makan.Kalau bab makan lelaki memang tidak akan berkira. Jika seorang lelaki itu makan dalam jumlah yang banyak, tidak perlu rasanya hendak bercerita tentang penjagaan badan, lemak, kolesterol dan sebagainya.
Malas Membuat Keputusan
- Walaupun kebiasaannya sang arjuna yang akan membuat keputusan tetapi apabila dia bertanyakan cadangan, apa salahnya kamu memutuskan jawapan. Bila sesekali keputusan yang bernas diberi, lelaki mungkin menjadi semakin sayang. Janganlah asyik berkata, "Awak pilihlah. Entah, saya tak tahu..."
Kurang Sopan
- Tanya sahaja kepada mana-mana lelaki, semestinya si dia tidak akan memilih pasangan yang kurang sopan. Jikalau ada sifat pemarah, cubalah belajar mengawalnya. Mungkin ada sesetengah lelaki jenis yang memahami. Tetapi kalau dapat jenis yang tidak boleh bertolak ansur bagaimana ?
Tidak Mengaku Kelemahan
- apa salahnya sesekali kamu mengaku kelemahan sendiri? Tidak perlulah sentiasa control ayu. Lambat laun ia akan terbongkar juga. Mengakui kekurangan diri bukanlah bermaksud menyerah atau membuka kelemahan sendiri tetapi ini sebenarnya merupakan satu kelebihan kerana si dia dapat mengenali kamu dengan leih dekat lagi.
"oke lah. sekian . bagi kaum Hawa di mana-mana. Mungkin tidak nampak pada luaran tetapi bagaimana dalamannya ? Salah cucuk, Merbahaya!"