Wednesday, 2 November 2011 | 2:15 pm | 0 Atasinchi
hello :)kita berjumpa lagi. ari nie syasya nak bagitau ciri lelaki kasanova. alah~ kasanova ? tak tau? playboy yang teramat sangat lerr.
1. Hipokrit
- Di awal perkenalan, si dia akan menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan dipenuhi. Namun harus diingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih dari sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2. Poket Kosong
- Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma cukup untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
3. Tidak Patuh Pada Janji
- Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji. Tengok sahaja setiap kali kamu dating siapa yang akan sampai dahulu.
4. Banyak Alasan
- Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat di kesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain di atas kesalahannya sendiri.
5. 'Branded'
- Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa...
6. Berlagak Macho
- Apabila keluar dengannya selalu tunjuk macho depan perempuan. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetap dia memang peramah dengan semua orang.
7. Berani bertindak di luar batasan
- Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh lagi.
8. Kaki kikis
- Selepas sebulan berkawan si dia sudah berani minta wang untuk dipinjam. Tanpa segan silu si dia memintanya dari kamu. Tetapi alasan yang di berikan untuk meminjam memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya itu. Oleh itu berhati-hati...
9. Gunakan Paras Muka
- Lelaki kasanova biasanya mempunyai rupa paras yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati..
10. Perahsia
- Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak ayam-ayam sahaja. Mulut kata ya tetapi dalam hati tidak...
ini antara ciri lelaki kasanova. perempuan2 semua perlu berhati-hati. jangan sampai kamu menjadi mangsa mereka.