Friday, 22 June 2012 | 8:07 pm | 0 Atasinchi
Semalam aku dengan auntie Maricel pergi tengok wayang cerita Abraham Lincoln: Vampire Hunter di GSC 1Borneo Sabah. Okay. Filem ini adalah 18PL. Yang masih bersekolah adalah dilarang sama sekali untuk menonton filem ini! wow. ayat yang sangat skema. haha ;D
Filem ini mengisahkan Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat menjalankan misi menghapuskan vampire yang terdapat di negara tersebut. Perjuangannya bermula apabila ibu Abraham Lincoln mati disebabkan oleh gigitan vampire. Tajuk filem ini mungkin kurang menarik, [mungkin]. Tapi jangan risau, movie ini menjanjikan banyak aksi juga aksi yang mengejutkan. Aku tertarik dengan babak-babak yang ada. Asal tiba babak-babak itu, aku selalu terkejut dengan kemunculan vampire yang tiba-tiba muncul selepas menghilangkan diri! SangatII mendebarkan! Anda akan tertanya-tanya kemana vampire itu menghilang. Adakah atas ? bawah ? kiri ? or kanan ?
Aku tengok 2D. Tapi kalau aku tengok 3D, gerenti lagi puas hati sebab banyak kesan-kesan khas yang sangat hebat. so, jangan lepaskan peluang untuk menonton movie ni xD