Monday, 9 January 2012 | 1:54 am | 0 Atasinchi
Assalamualaikum . korang tahu tak apa sifat-sifat perosak karier ? mesti ada yang tahu. tapi bagi orang yang ada karier. korang prasan tak , ada orang tidak senang dengan sifat korang ? mesti ada. mesti korang terfikir apa sifat korang yang membuatkan orang tidak senang bila bersama korang ? saya akan bagitau korang ada 5 sifat sebegini.
MALAS - sifat malas ini boleh membuatkan korang gemar menundakan pekerjaan daripada menyegerakan. Hah ~ inilah salah satu sifat paling orang tidak senang.
RAKUS -tak apa dimaksudkan dengan rakus ? contoh , korang mahu memonopoli semua tugas-tugas penting di pejabat. Akibat dari sifat ini , korang tak boleh membezakan pekerjaan yang manakah harus kamu lakukan dan yang tidak.
IRI HATI - sifat ini merupakan refleksi 'kecemburuan' korang terhadap kelebihan orang lain. lebih baik korang buang sifat ini jauh-jauh.
PEMARAH - sifat ini juga paling orang tak suka. Marah yang berlebihan akan merosakkan karier korang yang stabil dan membuatkan emosi korang kacau bilau.
BANGGA BERLEBIHAN - jangan sampai kebanggaan korang ini sering kali digembar-gemburkan.
#nahh. korang dah tahu kan ? elakkan sifat sebegini.