DOUBLE A
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Monday, 30 January 2012 | 12:16 am | 0 Atasinchi





hi :) syah baru ada kesempatan online. tadi syah online facebook. terjumpa pulak segmen ni dari Iqa Qayra . Teringin pulak nak ikut. syah nie tak pernah lagi ikut.



Ayah , syah sebenarnya tak panggil ayah . syah salu panggil yayah. tak tahu lah dari mana syah dapat . tapi memang itu panggilannya. hehe. Dulu masa syah masih kecik2 , ayah salu buat birthday party untuk syah setiap bulan dalam masa setahun. Setiap kali tanggal 12 ayah akan buat birthday party khas untuk syah. setiap bulan tue juga syah akan dapat present dari kawan-kawan ayah dan mumy . best gileer :DD ayah buat gitu sebab syah satu2nya anak dalam keluarga . lebih dikenali sebagai anak tunggal.

Few years later , syah sudah berumur 13 tahun dan ayah syah hantar syah tinggal di asrama . asrama smk agama miri sarawak. kalau nak balik setiap minggu pun susah sangat . rumah masa tue dekat bintulu , almost 3 jam pulang balik perjalanan. tapi ayah syah tetap sanggup untuk berjumpa dengan syah setiap minggu.

Ayah syah juga bukan kedekut orang nya. apabila syah meminta sesuatu pasti ayah syah bagi. oleh kerana syah boleh dapat apa yang syah mau , ayah syah ada berpesan . "Belajar bersungguh-sungguh , dapat Diploma the Master supaya kelak syah hidup senang dan syah boleh dapat apa yang syah nak" . Syah salu ingat pesanan ayah .

ini ibu syah , syah panggil mumy :) mumy syah ni nampak muda tapi umur mumy sudah mencecah 49tahun. mumy syah nie merupakan suri rumah sepenuh masa. Syah dengan mumy syah banyak sangat kenangan bersama. dulu masa syah darjah 3 , 4 dan 5 mumy syah salu teman dan hantar syah ke sekolah . mumy syah akan tunggu dari pagi sampai ke tengahari sebab sekolah syah ni bukan dekat bandar atau pun dekat kampung. Sekolah syah ni dikenali sebagai Sk Sukau Kinabatangan. pernah dengar ? untuk ke sekolah ni [ bagi pelajar yang tinggal di ladang ] kami perlu menyeberangi sungai . lagipun , dekat sungai kinabatangan ni pun ada buaya ! tiap2 pagi pergi sekolah , mesti nampak buaya di tepi sungai.


Selain itu , mumy syah ni seorang yang penyayang. Dia sanggup menjaga ayah di ladang kerana ayah menghidap penyakit Jantung. mumy syah akan sentiasa menyediakan ubat-ubatan ayah dan minum makan ayah akan mumy jaga. masa itu syah tak dapat jaga ayah kerana syah perlu ke sekolah dan tahun itu merupakan tahun syah akan menghadapi SPM. syah tinggal di rumah keseorangan dan mumy akan mengikuti ayah pulang ke ladang. Setiap hari tue juga mumy akan menelefon syah untuk bertanyakan kabar.







gambar kami bersama :)


oke . saya tag kan segmen ni kepada :

wawa
Kiki
Ella


PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕

Aisiah Atikah

Create Your Badge

Assalamualaikum :) hi, i'm Aisiah Atikah. sumandak sabah <3
beauty catches the ATTENTION but character catches the HEART ♥
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕

- Flo Rida Whistle Instrumental
_______________________________________
◕ Wishlist ◕

Blackberry Torch
New Ipad
Nikon D90
Dip. in Accounting
Phillipines and Australia
Pass sem 3 w* 6 suject

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
Full Edited : Aisiah Atikah