DOUBLE A
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Wednesday, 11 January 2012 | 5:36 am | 0 Atasinchi



hello pepps:) kita berjumpa lagi. hari ini syah nak bagi korang kuiz. kuiz syah hari ini adakah kamu terlalu mudah memaafkan? naah. setiap kali korang da buat kesilapan mesti korang harap orang lain memaafkan korang kan? tapi macam mana kalau orang lain buat salah ? adakah korang mudah memaafkannya? kalau korang nak tahu korang cuba dulu kuiz ni .

1.korang dapat tahu salah seorang kawan karib korang bercerita buruk pasal korang . Reaksi korang :

a) siasat dulu benar atau tidak maklumat yang korang terima.
b) minta penjelasan dari dia dan sekiranya benar , berhati-hati di masa akan datang.
c) marah dan memutuskan tali persahabatan tersebut.
2.Ibu bapa korang membelikan adik korang hadiah sempena hari jadinya sedangkan hai jadi korang langsung tidak diingatinya. Reaksi korang :
a) kecewa tetapi biarkan sahaja kerana korang dah biasa dengan situasi begitu.
b) menuntut hadiah korang sampai dapat.
c) sedih kerana dilayan sedemikian. lalu korang mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama teman-teman.
3. Perkara yang boleh mencabar kemarahan korang ialah :
a) mereka-reka cerita tentang keburukan ibu bapa korang.
b) apabila teman korang menikam dari belakang.
c) mengambil barang-barang korang tanpa minta izin.
4. Bekas teman lelaki korang tiba-tiba hadir semula dalam hidup korang dan mengharapkan korang jadi teman istimewanya semula. korang :
a) bergantung pada keadaan. 'tapi jika aku masih solo mengapa tidak kembali padanya semula? Sekurang-kurangnya dia adalah orang yang pernah aku cintai'.
b) mungkin korang biar waktu yang menentu segalanya.
c) jangan harap korang mahu kembali pada orang yang pernah melukakan hati korang.
5. korang dan si dia berjanji akan bertemu untuk makan malam bersama namun tiba pada waktunya si dia datan lewat pada masa yang dijanjikan. Reaksi korang :
a) percaya si dia lambat pasti ada sebab yang munasabah kerana si dia tidak pernahlewat sebelum ini.
b) menunggu dan minta penjelasan darinya mengapa lambat.
c) marah dan pulang tanpa menunggunya.
6. Korang boleh memaafkan seseorang selagi :
a) kamu mampu memaafkannya.
b) ia tidak menyakitkan hati korang sehingga membuat korang tersinggung.
c) kesalahan yang di lakukan tidak melibatkan keluarga dan orang-orang yang korang sayang.
7. Apa yang akan dilakukan setiap kali korang tahu orang cuba menipu korang?
a) buat tidak tahu kerana kamu memang tahu orang itu menipu jadi apa yang boleh dibuat lagi.
b) menjauhkan diri dengan orang tersebut dan tidak akan percaya walau apa yang diperkatakannya selepas itu.
c) sangat marah dan akan memberi pengajaran pada orang tersebut.
8. Setiap kali sebelum melelapkan mata, apa yang sering bermain di fikiran korang?
a) kerja-kerja yang akan dilakukan pada esok pagi.
b) kisah-kisah lucu yang berlaku pada korang sepanjang hari ini.
c) mengingati orang-orang yang pernah menyakiti korang.

JAWAPAN :

Sekiranya jawapan korang banyak 'A'
Pemaaf - kamu seorang yang terlau mudah memaafkan sehinggakan orang-orang yang pernah menyakiti kamu pun masih dianggap teman serta kamu bersedia membantunya. Memang baik sikap kamu ini tetapi jangan sampai orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu ini. 

Sekiranya jawapan korang banyak 'B'
memaafkan tetapi bukan menerima - memaafkan orang sebelum tidur adalah rutin harian kamu sebelum tidur. kamu tidak suka membebankan fikiran kamu dengan perkara-perkara yang remeh dan kerana itulah kamu maafkan sahaja kemudian mulakan hidup baru. Namun apa yang bezakan kamu dengan yang lain kamu memaafkan orang tersebut tetapi untuk terima semula dia dalam hidup kamu tidak mungkin. Prinsip kamu sekali terkena selamanya kamu tidak percaya.

Sekiranya jawapan kamu banyak 'C'
Pendendam - kamu sangat pendendam dan walaupun hal kecil tidak mudah kamu maafkan begitu sahaja. Bagi kamu orang yang buat salah harus di hukum dan patut menerima balasan supaya dia sedar akan kesilapannya. Jangan terlalu mudah menghukum kerana ada kalanya kita sendiri buat silap dalam menilai orang. Jadi sebelum menghukum siasatlah terlebih dahulu agar kamu tidak menyesal di kemudian hari. Seperkara lagi yang harus kamu ingat! belajarlah memaafkan orang kerana itulah terapi paling baik agar kehidupan sentiasa bahagia. 
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕

Aisiah Atikah

Create Your Badge

Assalamualaikum :) hi, i'm Aisiah Atikah. sumandak sabah <3
beauty catches the ATTENTION but character catches the HEART ♥
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Sing Along ◕

- Flo Rida Whistle Instrumental
_______________________________________
◕ Wishlist ◕

Blackberry Torch
New Ipad
Nikon D90
Dip. in Accounting
Phillipines and Australia
Pass sem 3 w* 6 suject

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
Full Edited : Aisiah Atikah